Tuesday, September 6, 2011

~AYU~

0 comments
hehehe...ni plak cerpen yg sy tulis untuk pertandingan menulis cerpen dlu...msh bnyk kelemahan..sila komen dan bg cadangan yg membina untuk sy menulis dgn lbh baik...this is just my hobby...^^

Keheningan malam menerpa, namun aku masih belum mahu untuk melelapkan mata. Kedengaran hambusan nafas ibu dan ayah di bilik sebelah manandakan tidur mereka sudah lena dipupuk angin bayu.

Ditangan ku masih ku gengam sepucuk surat, bagiku surat itu hanya kosong dan tidak bermakna lagi. aku sendiri tidak mengerti kenapa aku tidak mampu untuk menyuarakan hasrat hatiku walhal aku tau aku punya hak untuk melakukan semua itu. Mengingatkan kembali kata-kata ibu siang tadi, menyebabkan aku rasa resah dan gelisah.

“Ayu, ayah dan mak dah setuju nak jodohkan kamu dengan anak Pak Lan, mak dah kata setuju pun kat mereka, mak tak nak kau rosakkan rancangan ini, lagipun mereka itu berduit, mak tak nak kau hidup susah bila mak dah tak ada nanti,” Sorotan ingatan tentang kata-kata ibunya menyebabkan aku terpana seketika. Ingatan ini menyebabkan mataku semakin sukar untuk terpejam. Namun aku harus juga melelapkan mata, kerana pada keesokkan harinya aku akan membantu ibu dan ayah untuk pergi menoreh getah. Dengan kalimah memuji kebesaran Ilahi mataku sedikit demi sedikit mulai terlelap. Mimpi indah silih berganti.

***

“Mak kalau Ayu tolak lamaran Faizal tu, boleh tak?Ayu belum sedia la,” Aku memberanikan diri untuk bertanya kepada ibu, memandangkan masalah itu sangat memberati hati dan menganggu fikiranku.

‘pap!!!’ pipi Ayu terasa pedih, air mata mula berjujuran dari kelopak matanya. Tamparan wanita mengenai pipiku.

“Sampai hati mak!,” Ringan saja kaki ini melangkah menuju ke anak sungai di belakang rumah. Memang sungai itulah yang selalu menyaksikan lara dan duka hati ini. Semua akan ku lontarkan kepada sang sungai yang tidak bisa berbuat apa-apa,namun itu juga sudah cukup bagiku, kerana sang sungai tetap menjadi pendengar setiaku. Dialah sahabat ku, dia juga temanku tatkala semua sahabat ku sedang berhempas-pulas di menara gading.Aku???

Setelah puas melepaskan keluhan hati, aku cepat-cepat balik kerana aku harus menyiapkan makan tengah hari buat kedua ibu bapaku. ‘Ayu, tabahkan hatimu’

***

“Ayu!!! Kau jangan nak jadi anak yang derhaka, Bapa dan mak kau tak pernah mengeluh memberi kau sesuap nasi! Kalau kau tak terima lamaran Pak Lan, awas kau Ayu,” Sergahan ayah membuatkan Aku terperanjat. Aku tidak berani untuk menentang kata-kata ayah. Bagi ayah, jika hitam, hitam la. Tiada siapa yang berani melawan.

“Ayu, kakak kau sudah berkahwin, hidupnya dah senang, mak tak perlu risau lagi tentang dia, mak dan ayah kau ni pun,nak tengok kau bahagia macam dia, kalau nak harapkan getah satu ekar ni mana cukup Ayu, kau terima saja lah lamaran Pak Lan tu, mereka tu orang kaya,tapi kalau kau dah kahwin kau jangan jadi macam kakak kau tu, dia tu dah buang batu kat kita, dia tak mengaku lagi yang kita ni keluarga dia,” Ayu terkesima, melihat linangan air mata Ibunya mula merembes keluar, dada ibu berombak, bahunya pula mula terinjut sedikit. Kedengaran tangisan kecil ibunya seperti kanak-kanak yang kehilangan ibunya.

“Mak, jangan la nangis, Baiklah Ayu terima lamaran dia, Ayu minta maaf, buat ayah dan mak kecil hati.” Aku tidak sampai hati melihat tangisan ibu, itu bukan yang pertama kalinya ibunya menangis mengenangkan kakaknya. Habis manis, sepah dibuang. Selepas, berkahwin dengan anak Dato’ Mansur, kakaknya langsung tidak pernah berkunjung mahupun bertanyakan khabar mereka sekeluarga. Aku memeluk ibu, hati ku sayu mengenangkan semua yang bakal terjadi.

“Bagus Ayu, sebulan lagi majlis perkahwinan kamu akan berlangsung. Ayah tak nak kamu buat hal. Mulai esok, kamu tau usah ke kebun lagi. Biar kami sahaja yang pergi,” Ayahnya lantas mematikan kesedihan yang mula menyelubungi suasana.

***

Malam ini, sekali lagi aku sukar untuk melelapkan mata. Kedengaran ibu dan ayah berbual dari bilik sebelah. Aku mematikan diri, ku perlahankan hembusan nafas agar aku dapat mendengar perbualan ibu dan ayah.

“Aku pun tak sampai hati nak kahwinkan Ayu tu bang, tak ada cara lain ke nak bayar hutang-hutang kita kepada Pak Lan tu?lagipun aku sangat tak berkenanlah dengan si Faizal tu. Orang-orang kampung semua cakap dia tu sampah masyarakat. Di situlah menagihnya, menjual dadahnya. Itulah yang menyebabkan dia tu kaya raya,”

“Maknya, kita tak ada cara lain lagi lah, awak tak takut ke dengan ugutan mereka?Biarlah, lagipun Ayu tu lembut orangnya, tentu Faizal tak sampai hati nak pukul dia tu.”

“kasihan Ayu bang, semua kawan-kawan dia masuk Universiti, aku teringin juga nak tengok dia berjaya,lagipun dialah satu-satunya anak yang tinggal dengan kita, kakaknya tu entah la masih hidup ke dah mati,”

“Eh kesitu pulak awak ni, alah anak kita kan masuk UTM jugak,”

“Sejak bila pula anak kita masuk UTM?,”

“Alah, Universiti Toreh Menoreh,”

“hahaha, awak ni ada-ada aje, tidur dululah,”

Perbualan Ayah dan Ibu berakhir dengan usikan mesra ayah, aku kembali memikirkan akan hal hidupku ini. Aku mulai sebak, rupa-rupanya aku ini dijual, digunakan sebagai pembayar hutang ibu dan ayah. Air mataku mula bergenang. Lantas ku ambil bantal menekup muka dan memaksa diri untuk tidur, tiada guna untuk difikirkan lagi, hati ini sudah hancur berkecai, umpama kaca terhempas ke lantai.

***

“Ibu, Ayah!!!,” aku hairan biasanya mereka mengejutkan aku untuk pergi menorah getah, tapi hari ni kelibat mereka tidak kelihatan. Aku lantas teringat akan pesan ayahku yang menyuruhku supaya tidak perlu lagi pergi menorah getah. Aku melihat wajahku di balik cermin, kusam dan sembab. Aku kembali teringat akan perbualan ibu dan ayahku. ‘hidup hanya sekali’. Aku kemudian membaca surat yang sampai kepadaku sebulan yang lalu, surat yang tidak pernah diketahui oleh ibu dan ayahku. Kalau aku terima tawaran ini, pembiayaan pelajaran ku akan di tanggung sepenuhnya oleh pihak Universiti. Setelah berfikir masak-masak. Aku mengambil keputusan drastik. Ya, aku tak akan mensia-siakan kehidupanku!aku lantas menyusun dan mengemas semua kelengkapan ku, biar malam saja penentunya. Hari berganti senja, malam mulai mangamit.

***

Aku nekad untuk meneruskan rancangan awalku. Dengan kepekatan malam aku sukar untuk bergerak, namun aku tetap ingin lari dari segala musibah yang bakal menimpaku. Ku harap jalan yang aku pilih ini adalah jalan yang terbaik buat aku menghabiskan sisa-sisa kehidupanku. Semakin lama langkahan kakiku semakin jauh dari sekitar kawasan rumahku. Aku nekad untuk menerima tawaran untuk memasuki univerisiti itu, memandangkan esok adalah tarikh tutup penerimaan tawaran. Aku ingin mengubah destini hidupku, bukan dengan mensia-siakan hidup dengan kutu sampah. Berbekalkan wang simpananku yang telah ku kumpul sejak di bangku persekolahan lagi,aku mengunakannya untuk menangung keperluanku memandangkan pihak Universiti berjanji untuk membiayai pembelajaran untuk program yang akan aku ambil. Universiti Teknologi Mara, di sini aku datang!.

***

Enam bulan berlalu, cuti semester pun tiba. Aku tekad untuk balik. Aku ingin meminta maaf dan berterus terang bahwa aku mahu hidupku sempurna dengan ilmu yang menyuluh kehidupanku bukan dengan lelaki yang menjadi taruhan ayahku sebagai wang tebusan untuk membayar hutang. Setelah sekian lama aku menyepikan diri, tanpa sebarang berita yang ku khabarkan dan di khabar kan kepadaku,aku jadi sedikit takut untuk berdepan dengan kedua orang tuaku, lebih-lebih lagi ayahku. ‘Ayu, tabahkan hati mu’

***

“Assalamualaikum,ibu…ayah…,”aku kahairanan sudah berpuluh-puluh kali aku ketuk, tidak bersahut. Lalu aku mengambil keputusan untuk ke kebun mungkin mereka ada disana.

“Eh Ayuni, bila balik?,” Jiran rumah ku, Pak Mat tiba-tiba menerjahku dari belakang.

“Eh, Pak Mat, baru jer, Pak Mat ada jumpa Ibu dan ayah Ayu, Ayu ketuk pintu berkali-kali tak de orang yang buka.”

“Ayu pergi mana selama ini?,” aku tersenyum mendengar pertanyaan Pak Mat, terasa riak hatiku mula bertapak.

“Ayu pergi sambung belajar Pak Mat, kat Universiti,”

“O, ye ke? Ibu dan ayah kau tak da kat kebun tu.”

“Jadi mereka pergi mana?”

“Mereka dah pindah,”

“Pindah?pergi mana?Ayu tak pernah tau pun mereka ada tanah selain kat sini?”

“Mari ikut Pak Cik,” Aku lantas menyoroti langkahan kaki Pak Mat,terasa jauh juga perjalanan. Ibu dan ayah pindah kat mana?, hatiku gusar.

“Nasib baik jumpa Pak Mat, kalau tak Ayu mesti tak tau yang parent Ayu dah pindah,” Kelihatan Pak Mat tersenyum nipis dan menganggukkan kepala. ‘ Mesti Pak Mat tak tau maksud ‘Parent’ tulah dia tidak balas balik kata-kataku’ hati ku mula takbur.

“Eh kita nak pegi mana Pak Mat? Di sini bukan rumah,” kelihatan dua tanah perkuburan yang masih baru tapi mula dikelilingi rumput.

“Ayu, parent kau dah pindah kealam lain. Sejak kehilangan kau, mereka tak jenuh mencari kau. Pak Lan dan Faizal naik berang kerana kau tak ada, mereka bunuh ayah kau, Ayu. Mak kau pula jatuh sakit tak lama lepas tu, dan meninggal dunia selang seminggu ayah kau di bunuh. Pak Lan dan Faizal tak dapat di jatuhkan hukuman kerana tiada bukti dan kes ditutup. Tiada siapa lagi yang membuka kes itu.” Terasa jantung ini berhenti berdenyut seketika, pandangan ku mulai kelam dan gelap.

***

“Ibu!!!!ayah!!!jangan tinggalkan Ayu!!!!,” aku lantas tersedar, kelihatan sekelilingku tidak sama seperti di rumahku. Namun, bila mataku tertaut pada wajah Pak Mat, aku lantas teringat akan situasi sebenar.

“Ayu, kau pengsan tadi, jadi Pak cik bawa kau balik rumah Pakcik, ni surat ibu kau sebelum dia meninggal dunia dulu,” aku mengambil surat tersebut, dan mula membacanya. Hujan di luar, belum turun, hujan di mataku sudah mengalir.

‘Ayu, ibu tau kau nak sangat sambung pelajaran. Ibu ada terbaca surat tawaran kau. Tapi Ibu tak sangka kau tergamak meninggalkan kami berdua, seperti kakak kamu. Ibu rasa kamu mesti terdengar perbualan Ibu dan Ayah kamu pada malam itu.

Ayu, kalau kamu nak tahu, Pak Lan dan Faizal mengugut bunuh ayah kau jika ayah tak dapat melunaskan hutang-hutangnya. Jadi ayah tiada jalan lain. Tapi ibu yang terseksa Ayu, selama ini ayah kau lah yang menjadi penderma darah buat ibu, panyakit ibu memerlukan darah yang banyak, tapi tak mengapa, ibu pasrah, ibu pun dah penat. Semoga Ayu berjaya dalam hidup..

Yang sentiasa menunggu kepulangan mu,

IBU’

Surat ringkas yang padat itu menyebabkan hati Aku bertambah hiba, air mataku tidak putus-putus mengalir. ‘ya Allah, aku berdosa kepada kedua orang tuaku. Ampunkanlah aku ya Allah. Aku tau, walaupun aku menagis air mata darah sekalipun, ibu dan ayah tetap tidak akan kembali lagi. Tiada ruang waktu buat ku, untuk menebus segala dosa ku, hanya pada Mu aku berserah. Aku anak derhaka.’

Terasa kehangatan air mata ku masih mengalir dipipi. Aku lantas menuju ke tepi sungai tempat biasa aku mengadu nasib. Hujan mulai jatuh membasahi bumi, seperti perasaan hatiku saat ini. Di saat aku meluahkan rasa hatiku, entah dari mana seekor ular datang menyebabkan aku aku hilang arah. Sang sungai juga menyambut aku, walhal, aku tidak pernah bermain dengannya. Nafas ku terasa semakin singkat,kedengaran bunyi hujan juga semakin perlahan walhal bisa membanjiri sekalian alam lagaknya, unggas burung yang berkicauan juga semakin jauh di cuping telingaku, tidak kusangka, Teman yang menjadi luahan hatiku adalah tempat aku menghabiskan hembusan nafasku yang terakhir. ‘ya Allah, kini kembali kepadaMu, bersama Ibu dan Ayahku’.


perjuangan~~~

0 comments
salam..sempena hari kemerdekaan yang baru kita sambut..sini sy ingin share hasil tulisan sebuah cepen ..hehe..saja suka2..tida kena mengena dengan yg masih hidup ataupun yang tidak..orait...

JUST for FUN...

Bulan ogos, bulan kemerdekaan. Bulan sejarah yang membawa Malaysia membina sebuah tahktanya sendiri di tanah Malaya. Walaupun aku hanya penoreh getah, namun aku tidak buta sejarah. Aku juga pernah bersekolah namun tidak mempunyai rezeki untuk mara ke Menara gading. Sesungguhnya aku bangga menjadi rakyat Malaysia. Sebuah Negara yang aman dan makmur. Namun aku sedikit kesal kerana aku tidak mampu menjulang nama Malaysia seperti mereka yang sudah berjaya contohnya Datuk Lee Chong Wei yang menjadi pemain nombor satu Malaysia,walhal menjadi doktor pun aku tidak layak, apatah lagi menjadi guru yang mendidik anak bangsa untuk membentuk belia yang berwawasan . aku memang tidak berguna.

“Amir, apa nak jadi dengan kau ni, semua orang masuk universiti, kau seorang saja yang masih memerap di rumah, ayah bukan apa, tapi hidup ayah ni dah tak lama, kalau ayah dah tak ada macam mana kau nak hidup?” kata-kata ayah seringkali bermain di minda ku. Aku masih berfikir, apa sebenarnya yang ingin aku lakukan untuk masa depanku. Makan minum pun aku masih mengharap belanja dari ayah. Aku jadi malu. Aku memang sudah tidak berkeinginan untuk menyambung pelajaranku , tapi harapan ayah dan ibuku begitu meninggi untuk melihat aku berjaya di menara gading seperti kedua abangku yang kini sedang menuntut di Universiti tempatan. Pun begitu, keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) ku juga membantut keinginanku untuk meneruskan pelajaranku.

Pendapatan keluargaku yang hanya bergantung pada hasil pengeluaran susu getah memang tidak seberapa dengan hanya keluasan satu ekar. Walaupun harga getah semakin naik tapi dengan keluasan yang kecil dan pokok getah yang telah bertahun lamanya menjadi sumber pendapatan keluargaku menjadikan pengeluaran susu getah semakin berkurangan. Aku hanya mampu menolong kedua ibu bapaku menoreh getah di kebun getah milik ayahku, dengan membantu ayahku, aku berasa sedikit selesa kerana mampu mengurangkan beban ayahku yang juga menampung perbelanjaan kedua abangku, memandangkan pinjaman PTPTN yang hanya mampu bertahan di awal semester. Menjelang pertengahan semester, kedua abangku pasti meminta sedikit wang daripada ayah.

***

Melihat bendera yang dikibar di kereta-kereta mahal dijalan raya,tiang-tiang, malah di rumah mahupun kedai-kedai menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan yang memang sudak dipupuk dari kecil lagi. semua ini adalah hasil didikan dan nasihat ayah. Tiba-tiba kata-kata ayah beberapa bulan lalu mengamit memoriku, “Amir, ayah bukan nak halang kau keluar malam-malam buta ni jumpa dengan kawan-kawan kau, tapi ayah rasa elok lagi kau duduk diam saja dirumah, kalau kau keluar pun tidak memberi faedah kepada kau. Ayah dulu keluar rumah pun ayah tidak berani dek keganasan tentera komunis. Kalau ayah keluar pun hanya untuk menghadiri perjumpaan untuk menentang keganasan komunis,” aku hanya tersengih mendengar kata-kata ayah, dengan senang hati aku membalas “itu dulu, masa tu zaman lapuk, ayahkan generasi baby boomer,memang lah tiada apa yang menarik kalau ayah keluar pun. Sebab tu lah ayah tak keluarkan. Ala tentera komunis bukan kuat sangat pun. Amir baca dibuku sejarah Amir, tentera komunis tu dua minggu je pun menjajah Malaysia,sekarang ada facebook, twitter dan paling best game ayah. Amir selalu main permainan warcraft. Tulah Amir keluar malam-malam ayah, lagipun dirumah kita ni tak ada line internet. Kami ni ayah generasi baru, generasi net, kalau tak tau semua tu malu ayah,” Aku membalas dengan nada yang biasa namun mampu mengubah riak muka ayahku. Cuaca panas diluar tidak mampu menutup wajah mendung ayah. Aku terkesima. Salahkah kata-kataku?,ayah lalu membalas “suka hati kau la Amir, itu hak Amir, asalkan jangan cemarkan nama keluarga kita sudahlah,” ayah terus berlalu, namun dalam hati ini bertekad untuk kurangkan waktu keluar malam . “Amir kenapa termenung ni?,” ayah memegang lembut bahuku. Aku terkejut seketika dan hanya menggelang. “ayah tak sangka kita dah lima puluh empat tahun merdeka. Ayah bangga nak.” Aku hanya tersenyum. Seperti ayah tau-tau saja aku baru saja fikir pasal kata-kata ayah bulan-bulan yang lepas, sebaik saja aku tamat menghabiskan persekolahan ku. “ ya Ayah, Amir juga begitu, kalau boleh kereta kita pun Amir nak lekat bendera ayah,” kata ku sambil tersenyum. Ayah ku lihat hanya berkerut memikirkan kata-kataku. Kekeliruan ayah lantas disuarakan. “Amir, setahu ayah kita tak ada kereta pun, macam mana pula kau boleh teringin nak lekat di kereta ‘kita’ pula?,” ayah menekan perkataan kita sebagai tanda sindiran dek keinginanku yang sudah terang lagi bersuluh tidak akan terlaksana dalam masa terdekat. “laaa, ayah dah lupa ke?kita ada kereta la ayah, tapi kereta kita ni lain dari yang lain, kereta kita ni hanya ada satu roda tanpa enjin,canggihkan kereta kita yah?,” jawabku berseloroh. Ketawa ayah meledak, terhibur dengan gurauan aku agaknya mengenai kereta sorong usang yang digunakan untuk membawa susu getah keluar dari kebun. “ada-ada saja lah kau ni Amir,Amir dah solat asar ke? Jum lah kita solat berjemaah, syukurlah ayah masih hidup sampai sekarang,” aku hanya mengangguk dan menuruti ayah dari belakang menuju ke telaga untuk berwudu’.

***

Ajakan asrul untuk pertandingan warcraft mahupun DOTA tadi mambuatkan aku kembali terfikir mengenai janjiku pada ayah dulu. Waktu itu ayah menyedarkan aku tentang perjuangan anak bangsa. Namun, menurut Asrul, pertandingan ni berkumpulan dan dilangsungkan sempena bulan kemerdekaan. Aku bukan tidak teruja, tapi latihan setiap malam sebelum pertandingan berlangsung menyebabkan aku berat hati untuk menyertainya. Kekusutan ini aku suarakan kepada ayah. Aku perlu meminta izin terlebih dahulu. Apapun yang aku buat aku akan bertanya kepada ayah terlebih dahulu.

Dengan kekuatan yang sudah aku tekadkan untuk menyertai pertandingan warcraft, permainan kegemaranku, aku memulakan kata-kata untuk berbicara dengan ayah, “ayah, Asrul ajak Amir ikut pertandingan DOTA sempena bulan kemerdekaan,Amir rasa nak ikut ayah, boleh tak?,” kata ku penuh hati-hati, ayah dengan senyuman, “kenapa Amir nak ikut?apa yang amir dapat dengan menyertai pertandingan tu?lagipun permainan tu macam mana jenisnya?tak pernah pulak ayah dengar sebelum ni,” Ayah hanya membalas lembut, memang sifat ayah yang lembut dan tidak pernah mengongkong kehendak kami semua . Tapi itu bukan alasan untuk aku mengingkari nasihatnya. “Ala ayah, tu permainan computer, Amir terror main game tu. Kalau menang dapat hadiah la ayah. Lagipun, pertandingan ni boleh menyemarakkan semgangat kemerdekaan, sebab ia sempena bulan kemerdekaan tau ayah,” semangat aku membalas. “pelik sungguh perjuangan anak bangsa sekarang ni ye, dulu atuk kamu Amir berjuang untuk menang dalam mengambil balik hak Malaysia daripada penjajah. Atuk selalu ingatkan ayah, biar putih tulang,jangan putih mata, atuk kamu Amir meninggal dalam memperjuangkan nasib anak bangsa Mir,tapi kalau kau nak ikut juga ayah tak paksa. Ikut suka hati kau lah,” aku tau jauh disudut hati ayah enggan membenarkan, tapi keizinan tetap ayah beri. Kerana mengongkong kehendak anak bukan sifat ayah. “Amir ikut ye ayah, terima kasih ayah,” ayah hanya mengangguk dan senyum dan berlalu keluar. “Eh kemana pulak Amir nak pergi malam-malam ni?,” ayah hairan melihat aku keluar. “laaa, Amir nak practice la ayah, game ni pun kena practice juga, supaya keserasian denagan pasukan ada ayah,Amir pergi dulu ayah,” aku terus saja berlalu menuju ke rumah Asrul,untuk mengkhabarkan berita gembira dan terus berlatih hingga ke pagi. Aku dan kawan-kawan perlu bersemangat kerana pertandingan akan diadakan minggu hadapan. Kami mesti meneng!.

***

Aku baru sahaja balik ke rumah, ‘ ya Allah macam mana aku boleh lupa untuk pergi menorah getah ni’, aku terlupa yang ayah ada cakap hari ini kami akan menorah getah setelah sehari rehat, aku lantas berlari ke kebun getah, walaupun mata ini begitu berat sekali, namun aku gagahkan juga demi ayah dan ibu. Usai siap kerja, aku berlalu balik dan melunaskan rasa hati yang sudah aku tahan. Aku terus lelap sesampai sahaja di rumah. Malam ini aku masih ada latihan sehingga hari pertandingan. Sengaja Asrul memilih malam kerana pada siang hari dia dan beberapa rakan sepasukan perlu menghadirkan diri ke kelas. Aku tidak hairan kalau mereka akan tertidur di dalam kelas, aku juga begitu dulu.

***

Saban malam, aku terus saja berlatih namun aku tetap menolong ayah menoreh gateh di kebun getah. Namun, aku sudah semakin jarang bercerita dengan ayah yang kerapkali aku lakukan sebelum ini. Ibu pula sampai sahaja dirumah, pantas sahaja tangan nya menyiapkan kerja-kerja rumah. Sejak kebelakangan ini ku lihat ayah selalu termenung, namun aku biarkan sahaja dek penat dan mengantuk silih berganti. Mungkin ayah ada masalah. Namun aku tidak langsung bertanya, masih banyak masa lagi. lagipun pertandingan DOTA hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Esok merupakan hari yang ditunggu-tunggu, aku mengkhabarkan kepada ayah yang aku tidak dapat menolong ayah menoreh getah pada hari esok kerana pertandingan DOTA akan berlangsung esok hari. Aku meminta maaf dengan kesibukan yang aku ada demi memeriahkan lagi bulan kemerdekaan. Ayah lalu berkata, “bersemangat betul Amir ya, kalau perjuangan Amir ni Amir buat untuk negara kan bagus,” aku senyum, “laaa, sekarang ni penjajah dah taka de la ayah,kalau ada cepat saja Amir ke medan perang,” kataku penuh yakin. “tapi ayah lihat Amir sedang dijajah sekarang ni,” aku berkerut mendengar kata-kata ayah, “ah, ayah ni ada-ada sajalah. Mana ada Amir dijajah, Amir bebas je sekarang ni. Tak de pun orang nak bunuh Amir,” balas ku penuh naïf. “Amir sedang dijajah permainan computer Amir tu lah, kalaupun tak de penjajah hidup,Amir boleh berjuang untuk ibu dan ayah,” aku senyum, bagiku ayah memang mempunyai masalah yang diluahkan secara tersirat. “kenapa ni ayah?ayah ada problem ke? Apa yang Amir boleh bantu?,” kataku kepada ayah. “Amir hanya boleh bantu kalau Amir tak ikut perlawanan tu nak,” ibu tiba-tiba bersuara. Selama ini ibu hanya diam membisu. Bagi ibu kalau ayah sudah kata putih, putih juga menjadi pilihan ibu. Aku tahu, pasti kerana aku tidak dapat membantu mereka keesokan harinya. “ayah ,ibu,Amir Cuma tak dapat bantu esok je lah, nanti lusa Amir tolong ibu dan ayah ya?Amir janji!,ok la ayah , ibu, Amir kena pergi ni. Ada latihan terakhir. Amir tak balik sampai esok ni, Amir minta maaf ya,” kata ku lantas menyalami tangan mereka, aku pun hairan ringan sahaja tangan ku menyalami mereka, walhal sebelum ini aku hanya pergi dengan hanya memberitahu akan kepergianku. Ambil berkat.

***

Kemenangan kumpulan kami amat membanggakan aku. Aku tidak sabar untuk pulang. Aku nak bagitahu ayah yang perjuangan ku ini tidak sia-sia. Aku juga tidak berputih mata. Hari sudah petang namun kulihat pintu rumah masih berkunci. ‘takkan belum balik lagi?’ aku tertanya-tanya. Ah, mungkin mereka lambat. Lagipun mereka kan dah tua. Aku pula tiada. Aku melangkah ke kebun melihat-lihat kelibat kedua ibu dan ayah. Aku hampa tetap tiada. Aku tekad untuk menunggu mungkin mereka kepekan.

Malam sudah mengantikan siang, namun kelibat mereka tetap tiada, aku mula tidak senang hati. aku baru teringat pintu belakang rumah. Aku bergegas ke belakang. Namun pintu tidak berkunci. Walhal pintu depan berkunci. Salam yang tidak bersambut menyebebkan aku terus sahaja masuk. “ya Allah, ibu!!!bangun ibu, ayah bangun!!” darah berlumuran dilantai,ayah masih di atas sejadah dan ibu pula masih memakai kain telekungnya. Kelihatan kesan tikaman dari belakang menembusi jantung lantas meragut nyawa ibu dan ayah. Kelihatan peti duit, tempat simpanan duit ayah habis diselongkar. Aku lantas memaklumkan kapada jiran dan mengharap bantuan untuk menguruskan jenazah ibu dan ayah dan menghubungi pihak polis. Aku tidak meraung, kerana aku tau roh mereka tidak akan aman jika aku berbuat sedemikian.

Kini aku duduk di antara tanah yang masih merah. Aku mengenang semula saat terakhir aku bercerita kepada ayah. Mesej yang disampaikan sudah cukup jelas untukku namu waktu itu aku begitu naïf, masih mengaggungkan kemenangan yang diinginkan ,“ayah ibu, Amir mohon ampun dari ibu dan ayah. Amir berdosa pada ibu dan ayah”, hanya itu sahaja yang mampu aku katakan. “Dulu ayah kata perjuangan mereka adalah untuk mendapatkan kemerdekaan sehingga ke titisan darah yang terakhir. Perjuangan Amir pula untuk mendapat kemenangan tanpa menyedari ayah masih berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir,Amir kini faham maksud perjuangan ayah,perjuangan yang telus, suci dan murni. Amir kini faham ayah, Amir dijajah oleh permainan game yang dicipta oleh orang barat,tapi mengapa ayah tidak berterus terang, kenapa bila ayah tiada baru Amir faham dan sedar ayah?,kenapa?!” Aku hanya mampu memeluk kubur kedua ibu bapaku. “ ibu, kalaulah Amir tak ikut pertandingan tu, Amir boleh berjuang demi ayah dan ibu, berjuang untuk menyelamatkan ibu!!!! Kalau Amir tau pekara ini akan terjadi, Amir tak ikut ayah….”air mata ku masih mengalir, kedua abang ku telah ku khabarkan. Namun batang hidung mereka langsung tidak kelihatan. Terasa sedih mengenangkan semua ini. Ayah dan ibu berhempas pulas, berjuang dengan sisa kudrat yang tinggal untuk menampung kedua abangku,namun di saat akhir begini batang hidung mereka langsung tidak kelihatan. Menurut mereka ,mereka akan menghadapi ujian dan peperiksaan, mungkin itu perjuangan bagi mereka yang menuntut ilmu. Terasa bahu ku di sentuh lembut, “ini Amir?,” aku terkejut melihat gerangan yang menyapa aku tadi. “saya inspektor Syafiq,ingin memaklumkan bahawa penjenayah sudah pun diberkas. Mereka adalah penagih dadah yang kesempitan wang untuk membeli dadah, Amir, perjuangan Amir belum selesai, Amir masa ada ruang dan peluang untuk membetulkannya, perkataan ‘kalau’ sangatlah mahal Amir, jangan dikesali pada yang telah pergi, kita yang masih hidup sebaiknya teruskan perjuangan Amir,”aku hanya tersenyum dan mengangguk. “baiklah kalau tiada apa-apa saya pergi dulu, kalau ada masalah telefon saya,” inspektor lalu tersenyum dan berjabat tangan. “terima kasih encik,” kata ku manyambut tangan dan mengangguk mengiyakan kata-kata Inspektor Syafiq.

***

Pagi ini aku harus menoreh getah seorang diri. Ya perjuangan harus diteruskan. Walaupun bukan dengan perjuangan menolong mereka yang sakit, mahupun membantu mendidik anak bangsa atau berjuang menentang penjajah. Namun aku boleh menyumbang hasil getah kepada Negara. Hasil ini boleh meningkatkan ekonomi dengan penghasilan barangan yang bersumberkan dari susu getah ini. Tanpa getah yang aku toreh, kereta mewah di atas jalan raya belum tentu boleh berjalan dengan gahnya. Aku kini melupakan dunia maya, aku hanya gunakannya jika ada kepentingan sahaja, lagipun kerja sebagai penoreh getah ini tidak memerlukan semua itu. Asalkan aku tahu mengunakannya sudah memadai untuk tidak digelar buta IT. biarlah aku berpijak di bumi yang nyata. Aku sebagai pejuang tanah air,seorang penoreh getah. Lama aku duduk menyingkap setiap memori dan nasihat ayah,perlahan-lahan aku mengakui, seorang pejuang tidak semestinya hadir di kala penjajahan berlaku. Setiap yang dilakukan juga ada perjuangan. Perjuangan yang menuntut keamanan, keselesaan dan kemakmuran rakyat Malaysia. Bukan berjuang untuk menjadi penjenayah seperti mereka yang membunuh kedua orang tuaku. Semoga perjuangan ayah dan ibu di rahmati. “Amir, biar kita mati bermaruah sebagai pejuang”,Kata-kata ayah seaktu hayatnya masih ada ini akan aku semat sampai bila-bila.


Monday, September 5, 2011

long-long time ago~~~

0 comments
salam all...it been a very long time sy x melawat blog..apatah lagi mengupdate blog ni..huhu its just i cant reach internet access...ye la dah hidup di kawasan pendalaman ...~~hehehe..

dulu d kampung masa sy bersekolah rendah lagi..kalau pagi2 meriah je jalan kaki ramai2 pegi skolah..ya la masa tu kereta pun masih sikit..kalau ada lopak2 d jalan sempat lagi men air..hehehe..comel je masa budak2 dlu...

but skng sy tgk...ibu bapa dah mampu beli kereta..motor...jadi budak2 tak lagi jalan kaki pegi sekolah..kebanyakan mereka kena hntr by their parent..huhu..msh ada yg berjalan kaki..tp skit je laaaa....ada jg yg naik basikal...

tapi dulu best sangat tau..sbb masa balik..siap lari2 lagi..men kejar2..kalau mau sampai sudah d rumah, siap cakap "geribau kencing malam"..hahaha...

mmg ketara sgt perbezaan dulu dan sekarang....

dulu pegi skolah, nampak cekgu disiplin, semua diam...skng nmpk guru disiplin..mcm transparent je cekgu tu..tp ni biasanya budak2 skolah menengah je yg buat..

ye la kepala botak pun dah nangis..dah repot2 kat mak bapak...pas tu mak bapak siap mau saman lg pihak skolah...hurm...(kepala botak boleh tumbuh g rambut..kalau kepala kosong cam na mau isi kalau kepala botak pun mau melatah???)

budak2 dulu tak la baik sgt..tp kalau tak baik pun tak lah sampai nak repot2...cuba tanya rata2 mak bapa kita..kalau cikgu marah di sekolah...balik rumah kalau budak tu repot kat mak bapak..budak tu yang kene marah balik....

pada pendapat sy...guru2 ni bukan tidak berpelajaran..malah sekarang ni rata2 ada segulung ijazah...kalau tak pun pengalaman yg ada bg guru2 veteren mmg sgt lah bnyk...isu pukul2 budak sekolah ni tak tau sapa yang harus di persalahkan..kes ustaz pukul budak pn ade...tp kadang2 budak2 pun tak bole percaya sgt kot...

dulu saya siap kene rotan ngn ustaz sbb tak solat, sya nangis..tp tak repot kat parent..sb tau itu mmg salah sy..jd sy rasa guru marah pelajar ni mesti bersebab..tak de org marah tak bersebab...tgk Ah Long..dorng pun marah jg kpd pemiutang yg tak bayar hutang..

oppsss..lupa laaa...may b budak2 generasi net ni sume tak tahan kene ajar kot...huhu..actually sy pun tergolong dalam generasi net ini..tapi agak tersentuh bila baca2 berita d dada akhbar ttg budak2 kena dera laa..guru pukul budak..kepala botak la...huhu..

tapi..ada yang cakap ibu bapa yg manjakan sgt anak2..ye la...nak cubit pun susah..apa lg org lain yg cubit...
sy rasa kalau tak percya dengan guru2 d sekolah..tak payah lah hantar anak2 pergi belajar...well..mmg nobody is perfect!..tp ingat sekolah pertama yg di terima oleh anak2 adalah dari rumah..!

huh..sy nak melalut sgt dah nie....maaf kalau ada yg terasa...sy cuma nak ckp..budak zaman dulu2 kolot...Fb pun tak de..tp adab ada..budak2 zaman sekarang hebat ada FB..adab pun ade jg=)))..

sy minat sgt nak jd pendidik..tp agak takut jg..sbb cabaran jd cekgu pada masa kini,,sgt tnggi..(sekadar berkongsi pendapat...)

ok laaa...sy ni blm ada anak lg..harap2 dengan apa yg tulis ni akan jadi peringatan untuk dri sy pada masa akan datang..insyaAllah..AMIN...

Wednesday, April 6, 2011

Isteri Vs Suami???

0 comments


Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir~~~~~~~~~~~~~

manakah tanggungjawab seorang lelaki???? sebelum kahwin bercinta nak rak..tapi selepas kahwin???memang itu fenomena yang biasa berlaku sejak akhir2 ini..ye lah lepas kahwin isteri ditinggal2...ada hati nak kahwin baru sedangkan nak beri nafkah kepada isteri pun tak mampu....kesian org pompuan...ada pulak yang dipaksa kahwin..tup2 dia ni tak minat dengan kaum pompuan..akibatnya si isteri juga yang menahan diri dan sabar dengan keadaan yang menimpa diri...

selepas menjadi raja sehari..3 hari pertama di jalani dengan penuh kebahagiaan....ya la yg haram sudah jadi hahal..
(best jugak tu(>_<))....
tapi tiga bulan berikutnya bermula la kehidupan mencabar antara pasangan ini..yalah..semua sifat dan tabiat masing2 mula terdedah sedikit demi sedikit lebih2 lagi si isteri suda pun mula berbadan dua(biasanya laaa)...tapi apa pula terjadi kalau macam story bawah????


Kuala Lumpur, Apr 4 (ANI): A woman in Taiwan has revealed that she had to pay her husband about RM 10,000 to have sex with her.

According to the Nanyang Siang Pau, the woman, who is demanding a divorce from her husband, revealed to the municipal council in Taiwan that he had sex with her only three times in the last 10 years.

The woman, who brought along her 10-year-old daughter to the council, claimed that she paid to have sex with her husband on the third time, as she wanted to have a son.

"Not only does he not play his role as a husband, he also does not give us a monthly allowance. I have to support the family," the Star Online quoted the woman, who sells bean curd to support her family, as saying.

She said she wanted a divorce as she could not live with her husband anymore but he insisted she wait until their daughter turned 18.

"So I had to resort to this method to force him to divorce me," she added. (ANI)

seorang suami WAJIB memberi nafkah kepada isteri!..kalaunak minta bayar lg ape kes????nasib baik mereka ni ada anak..macam pompuan ni barang jualan yang perlu d beli kasih sayang ny..(tak tau lah kalau ada yang betul2 minta d beli...)..hurm.....

apa pun..pompuan ni ada jg yg desperate...ya lah..sampai suami org pun dia nak jgk..memang tak salah..tapi salah kalau menyebabkan penceraian antara pasangan bakal suaminya dan isteri pertama....??? DAN memang tidak dinafikan ada jg isteri yang curang or her behavior dissatisfied by her husbang..and so on...

so,everything depends on situation..Al-quran already state the role of both wife and husband...we as a human just need to practice it..insyaAllah..(all these things make me feel scared to get married after all....=(.....)

Barakallah

We're here on this Special Day
Our hearts are full Of pleasure
A day that brings the two of you
Close Together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(2X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir

(chorus)

From now you'll share all your joys
Through hardships,support each other
Together worshiping Allah
Seeking His Pleasure
We pray that He will feed your life
With Happiness and Blessings
And grant your Kids
who make your home filled with laughter
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(2X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir

(Chorus)

(4X)
Barakallah

(2X)
Barakallahu lakuumwalanaa

Allah bariklawhuma
Allah Hadhum hubbahuma
Allah Solli wasallim a'la rasulillah
Allah tub'alaina
Allah irdha anna
Allah ihdhi khuthoona a'la sunnat nabiina
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(4X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir

lagu Maher Zain ni mmg special utk mereka yang mendirikan rumah tangga...^^

Tuesday, April 5, 2011

Facebook..oh..facebook...

0 comments
salam everyone...tetina rasa ingin berkongsi sikit pasal facebook @ mukabuku ini...

most of malaysia people dah ada akaun facebook sendiri..tak kira la dari yang tua ke muda ke...semua peringkat umur dah ada facebook @FB..hatta budak kecik yang masih lap2 hingus kat hingus pon dah ade FB...(saya pun ada FB jgk!) hhohoho..

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna aplikasi rangkaian sosial Facebook, Friendster dan Twitter yang tertinggi di dunia.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, dianggarkan terdapat 7.5 juta pemilik akaun Facebook di Malaysia kini.
“Ini adalah potensi rakyat yang harus digunakan oleh industri dalam bidang ini untuk memajukan negara khususnya menerusi kandungan mudah alih.
“Terdapat fakta yang menunjukkan bahawa kewujudan Facebook, Twitter, inovasi platform Android, aplikasi dalam talian dan mudah alih telah mengubah landskap komunikasi, pemikiran manusia dan melahirkan jutawan baru di Amerika Syarikat,” katanya."
dari petikan akhbar tu, sgt obvious yg rakyat Malaysia mmg suke ber FB...ye la..makin moden kan...masing2 tak mau ketinggalan...kat sekolah sume org bercerita sal Fb..

"eh ko dah ade FB"
"eh semalam aku chat ngan si dia"
"eh gambar semalam dah upload kt FB ke?"
"ko ade tgk gmbr c Polan?"

ya, begitu antara panglipur lara bagi mereka yang sudah mempunyai akaun FB dan aktif mengupdate status...ada pula yang addict ngan game yg berlambak d FB tuh..(saye la salah satunya...)..syok bha tu...

"eh ko jangan lupa bagi gift k"
"eh ko level berapa da?"
"eh jangan lupa visit aku pnya game ya"

tu plak senario para gamers..kemana perginya friendster?kemana pergi tagged semua tuh??kalau dulu punya sibuk layan FS...tp bezanya jumlah pakcik2 yang layan Fs sangat rendah berbanding dengan FB...ntahlaaa....

TAPI! berhati2 la kepada pengguna Fb..sebab 30% kes cerai di US berpunca daripada FB!..mereka berkenalan d FB dan hubungan pula semakin intim antara kedua2nya............

hatta d Malaysia pun tak de kurang nya...ade pulak bertemu dengan bekas gF @ bekas Bf nya d Fb..pas tu ikatan yang telah lama terputus kini kembali berputik..

jangan dilupa..org Malaysia pun makin advance gak...ada 1 malaysia .com...huhu(saye pon ade gak mende nih!)...nak tau gak..ye la ..dlu rumors ttg FB nak ttp kan tersebar luas..jd dorng tak nak budaya berFB ni hilang d arena IT jadi back up pun di lakukan....

so... sebagai rakyat Malaysia yg supportive...fikir2kanlah peranan anda dalam membangunkan negara kita yang tercinta ini...>>>Malaysia<<<<






Sunday, April 3, 2011

peringatan Buat diriku yg Alpa

0 comments





as salam..

setelah 3 thn i duk kat UiTM Sabah ni..i xpenah langsung join any seminar..especially seminar2 motivasi..heh!(malu jg la mok confess nih)...

hati ini sudah di penuhi dengan bintik2 hitam,..ya lah ustaz saya cakap dulu kalau kita jarang dengar tazkirah2 agama..semakin hari hati kit akan tumbuh bintik2 hitam dan menutupi kesemuanya!..ow..forget to say..bintik2 hitam ni bukan penyakit kanser ka apa kah..ini penyakit hati yang berkaitan dengan Iman..jarang kita dengar ceramah agama...maka bermaharajalela kejumudan dalam diri (i pun g2 gak..huhu)...in fact, manusia mmg mudah lupa..dat y kita perlu salu dengar ceramah2 gni ...(sy bukan la baik sgt..sangat jarang jg dengar..ni sekadar peringatan buat saya sendiri )

seminar ni di anjurkan oleh USIA(United Sabah Islamic Association)...penceramah kami yg pertama en Suhail mohamed Kamarudin..u ol kenal dia ke?huhu for ur info, he is PENERIMA PINGAT EMAS ANUGERAH BELIA ANTARABANGSA...sesuai dengan tajuk ceramah kami dat is peranan remaja dalam pembangunan negara...dalam ceramah beliau ada mengatakan untuk menjadi remaja Islam yang berjaya mesti ada dua pekara ini...
  • ilmu
  • jati diri yang mantap(iman)
jati diri ni refer kepada Iman la..dengan Ilmu yg penuh d dada, berbekal iman yang teguh..InsyaAllah remaja Islam adalah remaja yang berjaya di dunia dan d akhirat pastinya!
selain itu, beliau juga ada mengatakan bahawa, kita tak bole fikir negatif terhadap kemampuan kita!kita mesti fikir "saya BOLEH, saya PANDAI,saya CANTIK/HANDSOME, saya BERJAYA!"

pedulikan apa kata orang lain..selagi kita dengar kata cacian mereka selagi itu otak dan fikiran kita tak akan berkembang. seperti sebuah cerita:::

dalam sebuah negeri cicak, pertandingan memanjat dinding ke siling di adakan...ramai la cicak2 menyertai pertandingan tersebut..semakin lama semakin banyak cicak yang terjatuh..bilamana jumlah katak yang banyak tadi tinggal sedikit, cicak2 yang berada di bawah bersorak "wei, kompom korang jatuh punye, tak kan korang berjaya naik la dinding ni"..
semakin lama, semakin banyak cicak bersorak..hinggalah tinggal seekor cicak lagi tinggal..walaupun cacian dan sorakan lemah semangat dari bawah, cicak tersebut tetap juga memanjat dinding yang licin tersebut dengan perlahan-lahan...sehinggalah cicak itu berjaya!
lalu apabila cicak tersebut beroleh kemenangan, semua cicak hairan lalu bertanya.."hei cak, bagaimana u bole naik dinding ni?" namun tiada jawapan dari cicak yang menang tadi..rupa-rupanya, baru mereka tau yang cicak tu PEKAK..segala tohmahan dan sorakan yang melemahkan semangat dia langsung tidak dengar dan teruskan perjuangan...

jadi sebagai manusia, kita juga harus pekakkan telinga dengan segala kebaikan yang kita buat walaupun mendapat cacian dari orang lain...tapi jika nasihat yang baik kita terima, jangan pula kita pekakkan telinga...(hoho ada pla)...

namun kita jga jangan ketepikan ilmu...sedangkan sewaktu Rasul kita Nabi Muhammad mendapat hidayah, baginda bukan disuruh untuk bersolat , Malaikat Jibril tidak mengatakan "solatlaa", tetapi malaikat Jibril mengatakan "iqra"..yang bermaksud bacalah..dari situ kita dapat lihat bahawa, Ilmu itu amat penting untuk menjadi remaja yang berwawasan...cuba imbas kembali bagaimana Sultan Al-Fatih berjaya menawan kerajaan Constantine dengan ilmu yang telah dipelajarinya... jadi kita sebagai remaja tetapkan pendirian, jangan peduli apa orang kata..tetapi pedulilah apa Allah kata..

untuk berjaya kita juga perlu ada matlamat yang jelas, memang kita mahu berjaya..tetapi spesifikkan..sebagai contoh kita mau berjaya dengan mendapat 4 flat dalam exam..itulah matlamat yang jelas..dan memang di akui setiap kejayaan yang kita inginkan pasti cabaran ada bersama kita....

that all from the 1st penceramah... penceramah kedua pula ialah..Ustazah Nordiana haji Alwi.....tajuk ceramah beliau adalah, REMAJAKU SAYANG...

antara pengisian yang dapat saya kongsi bersama::
sebagai remaja kita tidak punya masa untuk membenci sesama kita, seharusnya kita harus ingat mengingati kerana manusia itu mudah alpa dan leka.. Allah jadikan manusia dengan penciptaan yang cukup teliti...dan ingat 5 pekara sebelum lima pekara seperti yang tertulis di dalam kalam Allah...
  • muda sebelum tua
  • sihat sebelum sakit
  • masa lapang sebelum sempit
  • kaya sebelum miskin
  • hidup sebelum mati

Solat la penawar bagi segala ubat..jadi jangan sesekali tinggalkan solat (ehan ko jangan sesekali tinggalkan solat!!!)...dalam sesi bersama beliau,banyak gambar2 tentang akhlak remaja disiarkan....

selepas itu sesi dialog pula..dalam sesi ini sedikit input yang saya boleh kongsikan bersama..
  • berhibur boleh,tetapi umat Islam ada cara tersendiri untuk berhibur..
  • beza antara orang Islam dan orang kafir adalah Solat.
  • ubat malas adalah paksa diri
  • jadilah orang yang sedikit...
  • resepi kejayaan adalah mereka yang hidup berlandaskan Al-quran dan As-sunnah..
hanya ini sahaja yang mampu saya kongsikan bersama....actually, saya malas betul mau pegi..tapi saya paksa diri juga..Alhamdulillah..setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..saya mendapat Ilmu yang bermanfaat, dan saya ingin kongsikan semoga dengan ini, sya dapat mengingatkan diri saya juga berkongsi bersama2 anda!

akhir kalam...
lakukan apa yang terasa dihatimu, kerana kalau kita buat orang tetap akan mengata'

wallahualam...


saya ni bukan sempurna segala kekurangan harap d maafkan dan diperbetulkan...(>_<)