Tuesday, September 6, 2011

~AYU~


hehehe...ni plak cerpen yg sy tulis untuk pertandingan menulis cerpen dlu...msh bnyk kelemahan..sila komen dan bg cadangan yg membina untuk sy menulis dgn lbh baik...this is just my hobby...^^

Keheningan malam menerpa, namun aku masih belum mahu untuk melelapkan mata. Kedengaran hambusan nafas ibu dan ayah di bilik sebelah manandakan tidur mereka sudah lena dipupuk angin bayu.

Ditangan ku masih ku gengam sepucuk surat, bagiku surat itu hanya kosong dan tidak bermakna lagi. aku sendiri tidak mengerti kenapa aku tidak mampu untuk menyuarakan hasrat hatiku walhal aku tau aku punya hak untuk melakukan semua itu. Mengingatkan kembali kata-kata ibu siang tadi, menyebabkan aku rasa resah dan gelisah.

“Ayu, ayah dan mak dah setuju nak jodohkan kamu dengan anak Pak Lan, mak dah kata setuju pun kat mereka, mak tak nak kau rosakkan rancangan ini, lagipun mereka itu berduit, mak tak nak kau hidup susah bila mak dah tak ada nanti,” Sorotan ingatan tentang kata-kata ibunya menyebabkan aku terpana seketika. Ingatan ini menyebabkan mataku semakin sukar untuk terpejam. Namun aku harus juga melelapkan mata, kerana pada keesokkan harinya aku akan membantu ibu dan ayah untuk pergi menoreh getah. Dengan kalimah memuji kebesaran Ilahi mataku sedikit demi sedikit mulai terlelap. Mimpi indah silih berganti.

***

“Mak kalau Ayu tolak lamaran Faizal tu, boleh tak?Ayu belum sedia la,” Aku memberanikan diri untuk bertanya kepada ibu, memandangkan masalah itu sangat memberati hati dan menganggu fikiranku.

‘pap!!!’ pipi Ayu terasa pedih, air mata mula berjujuran dari kelopak matanya. Tamparan wanita mengenai pipiku.

“Sampai hati mak!,” Ringan saja kaki ini melangkah menuju ke anak sungai di belakang rumah. Memang sungai itulah yang selalu menyaksikan lara dan duka hati ini. Semua akan ku lontarkan kepada sang sungai yang tidak bisa berbuat apa-apa,namun itu juga sudah cukup bagiku, kerana sang sungai tetap menjadi pendengar setiaku. Dialah sahabat ku, dia juga temanku tatkala semua sahabat ku sedang berhempas-pulas di menara gading.Aku???

Setelah puas melepaskan keluhan hati, aku cepat-cepat balik kerana aku harus menyiapkan makan tengah hari buat kedua ibu bapaku. ‘Ayu, tabahkan hatimu’

***

“Ayu!!! Kau jangan nak jadi anak yang derhaka, Bapa dan mak kau tak pernah mengeluh memberi kau sesuap nasi! Kalau kau tak terima lamaran Pak Lan, awas kau Ayu,” Sergahan ayah membuatkan Aku terperanjat. Aku tidak berani untuk menentang kata-kata ayah. Bagi ayah, jika hitam, hitam la. Tiada siapa yang berani melawan.

“Ayu, kakak kau sudah berkahwin, hidupnya dah senang, mak tak perlu risau lagi tentang dia, mak dan ayah kau ni pun,nak tengok kau bahagia macam dia, kalau nak harapkan getah satu ekar ni mana cukup Ayu, kau terima saja lah lamaran Pak Lan tu, mereka tu orang kaya,tapi kalau kau dah kahwin kau jangan jadi macam kakak kau tu, dia tu dah buang batu kat kita, dia tak mengaku lagi yang kita ni keluarga dia,” Ayu terkesima, melihat linangan air mata Ibunya mula merembes keluar, dada ibu berombak, bahunya pula mula terinjut sedikit. Kedengaran tangisan kecil ibunya seperti kanak-kanak yang kehilangan ibunya.

“Mak, jangan la nangis, Baiklah Ayu terima lamaran dia, Ayu minta maaf, buat ayah dan mak kecil hati.” Aku tidak sampai hati melihat tangisan ibu, itu bukan yang pertama kalinya ibunya menangis mengenangkan kakaknya. Habis manis, sepah dibuang. Selepas, berkahwin dengan anak Dato’ Mansur, kakaknya langsung tidak pernah berkunjung mahupun bertanyakan khabar mereka sekeluarga. Aku memeluk ibu, hati ku sayu mengenangkan semua yang bakal terjadi.

“Bagus Ayu, sebulan lagi majlis perkahwinan kamu akan berlangsung. Ayah tak nak kamu buat hal. Mulai esok, kamu tau usah ke kebun lagi. Biar kami sahaja yang pergi,” Ayahnya lantas mematikan kesedihan yang mula menyelubungi suasana.

***

Malam ini, sekali lagi aku sukar untuk melelapkan mata. Kedengaran ibu dan ayah berbual dari bilik sebelah. Aku mematikan diri, ku perlahankan hembusan nafas agar aku dapat mendengar perbualan ibu dan ayah.

“Aku pun tak sampai hati nak kahwinkan Ayu tu bang, tak ada cara lain ke nak bayar hutang-hutang kita kepada Pak Lan tu?lagipun aku sangat tak berkenanlah dengan si Faizal tu. Orang-orang kampung semua cakap dia tu sampah masyarakat. Di situlah menagihnya, menjual dadahnya. Itulah yang menyebabkan dia tu kaya raya,”

“Maknya, kita tak ada cara lain lagi lah, awak tak takut ke dengan ugutan mereka?Biarlah, lagipun Ayu tu lembut orangnya, tentu Faizal tak sampai hati nak pukul dia tu.”

“kasihan Ayu bang, semua kawan-kawan dia masuk Universiti, aku teringin juga nak tengok dia berjaya,lagipun dialah satu-satunya anak yang tinggal dengan kita, kakaknya tu entah la masih hidup ke dah mati,”

“Eh kesitu pulak awak ni, alah anak kita kan masuk UTM jugak,”

“Sejak bila pula anak kita masuk UTM?,”

“Alah, Universiti Toreh Menoreh,”

“hahaha, awak ni ada-ada aje, tidur dululah,”

Perbualan Ayah dan Ibu berakhir dengan usikan mesra ayah, aku kembali memikirkan akan hal hidupku ini. Aku mulai sebak, rupa-rupanya aku ini dijual, digunakan sebagai pembayar hutang ibu dan ayah. Air mataku mula bergenang. Lantas ku ambil bantal menekup muka dan memaksa diri untuk tidur, tiada guna untuk difikirkan lagi, hati ini sudah hancur berkecai, umpama kaca terhempas ke lantai.

***

“Ibu, Ayah!!!,” aku hairan biasanya mereka mengejutkan aku untuk pergi menorah getah, tapi hari ni kelibat mereka tidak kelihatan. Aku lantas teringat akan pesan ayahku yang menyuruhku supaya tidak perlu lagi pergi menorah getah. Aku melihat wajahku di balik cermin, kusam dan sembab. Aku kembali teringat akan perbualan ibu dan ayahku. ‘hidup hanya sekali’. Aku kemudian membaca surat yang sampai kepadaku sebulan yang lalu, surat yang tidak pernah diketahui oleh ibu dan ayahku. Kalau aku terima tawaran ini, pembiayaan pelajaran ku akan di tanggung sepenuhnya oleh pihak Universiti. Setelah berfikir masak-masak. Aku mengambil keputusan drastik. Ya, aku tak akan mensia-siakan kehidupanku!aku lantas menyusun dan mengemas semua kelengkapan ku, biar malam saja penentunya. Hari berganti senja, malam mulai mangamit.

***

Aku nekad untuk meneruskan rancangan awalku. Dengan kepekatan malam aku sukar untuk bergerak, namun aku tetap ingin lari dari segala musibah yang bakal menimpaku. Ku harap jalan yang aku pilih ini adalah jalan yang terbaik buat aku menghabiskan sisa-sisa kehidupanku. Semakin lama langkahan kakiku semakin jauh dari sekitar kawasan rumahku. Aku nekad untuk menerima tawaran untuk memasuki univerisiti itu, memandangkan esok adalah tarikh tutup penerimaan tawaran. Aku ingin mengubah destini hidupku, bukan dengan mensia-siakan hidup dengan kutu sampah. Berbekalkan wang simpananku yang telah ku kumpul sejak di bangku persekolahan lagi,aku mengunakannya untuk menangung keperluanku memandangkan pihak Universiti berjanji untuk membiayai pembelajaran untuk program yang akan aku ambil. Universiti Teknologi Mara, di sini aku datang!.

***

Enam bulan berlalu, cuti semester pun tiba. Aku tekad untuk balik. Aku ingin meminta maaf dan berterus terang bahwa aku mahu hidupku sempurna dengan ilmu yang menyuluh kehidupanku bukan dengan lelaki yang menjadi taruhan ayahku sebagai wang tebusan untuk membayar hutang. Setelah sekian lama aku menyepikan diri, tanpa sebarang berita yang ku khabarkan dan di khabar kan kepadaku,aku jadi sedikit takut untuk berdepan dengan kedua orang tuaku, lebih-lebih lagi ayahku. ‘Ayu, tabahkan hati mu’

***

“Assalamualaikum,ibu…ayah…,”aku kahairanan sudah berpuluh-puluh kali aku ketuk, tidak bersahut. Lalu aku mengambil keputusan untuk ke kebun mungkin mereka ada disana.

“Eh Ayuni, bila balik?,” Jiran rumah ku, Pak Mat tiba-tiba menerjahku dari belakang.

“Eh, Pak Mat, baru jer, Pak Mat ada jumpa Ibu dan ayah Ayu, Ayu ketuk pintu berkali-kali tak de orang yang buka.”

“Ayu pergi mana selama ini?,” aku tersenyum mendengar pertanyaan Pak Mat, terasa riak hatiku mula bertapak.

“Ayu pergi sambung belajar Pak Mat, kat Universiti,”

“O, ye ke? Ibu dan ayah kau tak da kat kebun tu.”

“Jadi mereka pergi mana?”

“Mereka dah pindah,”

“Pindah?pergi mana?Ayu tak pernah tau pun mereka ada tanah selain kat sini?”

“Mari ikut Pak Cik,” Aku lantas menyoroti langkahan kaki Pak Mat,terasa jauh juga perjalanan. Ibu dan ayah pindah kat mana?, hatiku gusar.

“Nasib baik jumpa Pak Mat, kalau tak Ayu mesti tak tau yang parent Ayu dah pindah,” Kelihatan Pak Mat tersenyum nipis dan menganggukkan kepala. ‘ Mesti Pak Mat tak tau maksud ‘Parent’ tulah dia tidak balas balik kata-kataku’ hati ku mula takbur.

“Eh kita nak pegi mana Pak Mat? Di sini bukan rumah,” kelihatan dua tanah perkuburan yang masih baru tapi mula dikelilingi rumput.

“Ayu, parent kau dah pindah kealam lain. Sejak kehilangan kau, mereka tak jenuh mencari kau. Pak Lan dan Faizal naik berang kerana kau tak ada, mereka bunuh ayah kau, Ayu. Mak kau pula jatuh sakit tak lama lepas tu, dan meninggal dunia selang seminggu ayah kau di bunuh. Pak Lan dan Faizal tak dapat di jatuhkan hukuman kerana tiada bukti dan kes ditutup. Tiada siapa lagi yang membuka kes itu.” Terasa jantung ini berhenti berdenyut seketika, pandangan ku mulai kelam dan gelap.

***

“Ibu!!!!ayah!!!jangan tinggalkan Ayu!!!!,” aku lantas tersedar, kelihatan sekelilingku tidak sama seperti di rumahku. Namun, bila mataku tertaut pada wajah Pak Mat, aku lantas teringat akan situasi sebenar.

“Ayu, kau pengsan tadi, jadi Pak cik bawa kau balik rumah Pakcik, ni surat ibu kau sebelum dia meninggal dunia dulu,” aku mengambil surat tersebut, dan mula membacanya. Hujan di luar, belum turun, hujan di mataku sudah mengalir.

‘Ayu, ibu tau kau nak sangat sambung pelajaran. Ibu ada terbaca surat tawaran kau. Tapi Ibu tak sangka kau tergamak meninggalkan kami berdua, seperti kakak kamu. Ibu rasa kamu mesti terdengar perbualan Ibu dan Ayah kamu pada malam itu.

Ayu, kalau kamu nak tahu, Pak Lan dan Faizal mengugut bunuh ayah kau jika ayah tak dapat melunaskan hutang-hutangnya. Jadi ayah tiada jalan lain. Tapi ibu yang terseksa Ayu, selama ini ayah kau lah yang menjadi penderma darah buat ibu, panyakit ibu memerlukan darah yang banyak, tapi tak mengapa, ibu pasrah, ibu pun dah penat. Semoga Ayu berjaya dalam hidup..

Yang sentiasa menunggu kepulangan mu,

IBU’

Surat ringkas yang padat itu menyebabkan hati Aku bertambah hiba, air mataku tidak putus-putus mengalir. ‘ya Allah, aku berdosa kepada kedua orang tuaku. Ampunkanlah aku ya Allah. Aku tau, walaupun aku menagis air mata darah sekalipun, ibu dan ayah tetap tidak akan kembali lagi. Tiada ruang waktu buat ku, untuk menebus segala dosa ku, hanya pada Mu aku berserah. Aku anak derhaka.’

Terasa kehangatan air mata ku masih mengalir dipipi. Aku lantas menuju ke tepi sungai tempat biasa aku mengadu nasib. Hujan mulai jatuh membasahi bumi, seperti perasaan hatiku saat ini. Di saat aku meluahkan rasa hatiku, entah dari mana seekor ular datang menyebabkan aku aku hilang arah. Sang sungai juga menyambut aku, walhal, aku tidak pernah bermain dengannya. Nafas ku terasa semakin singkat,kedengaran bunyi hujan juga semakin perlahan walhal bisa membanjiri sekalian alam lagaknya, unggas burung yang berkicauan juga semakin jauh di cuping telingaku, tidak kusangka, Teman yang menjadi luahan hatiku adalah tempat aku menghabiskan hembusan nafasku yang terakhir. ‘ya Allah, kini kembali kepadaMu, bersama Ibu dan Ayahku’.


0 comments:

Post a Comment