ya..memang tak syak lagi...itu adalah majalah yang baru aku beli....
hari tu, lepas balik dari outing beli barang, tiba-tiba kawan sekelasku nak jumpa aku..katanya urgent...aku plak dengan tidak sengaja meletakkan buku tersebut di atas meja Sally...kemudian aku terus sahaja lupa akan perihal buku tersebut....
pap!!!dengan selamba aku menampar Sally..bagiku dia pasti ingin mengenakan aku...
Sally kulihat senyum...dan berlalu..aku tau..dia sedang menangis...tapi hati ku terasa dipermain-mainkan Sally...ye laaa..aku sapa?dia sapa?
setelah insiden siang tadi, Sally langsung tidak balik...rasa bersalah sudah mula menyelubungi jiwa ku...aku mula tidak keruan..aku mencari nombor telefon Sally...dengan kuasa ALLah..aku terjumpa no telefon Sally dengan begitu mudah...jari jemariku mula ligat menekan nombor Sally..namun ketika hendak menekan punat "dail"..aku kembali teringat akan sikap dan gayanya yang memang aku sangat tak berkenen sejak dari dulu lagi..jadi aku batalkan niat aku....malam ini..aku tidur seorang lagi...
hari berganti hari...sudah seminggu Sally tidak pulang ke bilik...namun kesibukan yang melanda membuatkan aku langsung lupa perihal Sally..namun hari ini mengubah pendirian aku terhadap Sally....
ketika kakiku melangkah masuk ke bilik..........aku terlihat seorang muslimah yang lengkap menutup aurat...aku sangat tidak mengenalinya...lalu ringan saja mulut ku bertanya:
"saudari ni sapa?macammana boleh masuk kebilik sy ?"
"awak tak kenal saya ke?"
hati aku terdetik...mustahil Sally....namun muslimah tersebut membuka tudung..
"masyaAllah,kenapa kau buat begini Sally?kalau kau nak sakitkan hati aku, tak payah buat semua ini, awak bole pergi dari sini!!!aku tak suka dengan sikap Hipokrit kau!!!"
aku tak tau..lancar saja kata2 itu keluar dari mulutku..dulu Sally kata dia berubah kerana aku..sedangkan aku selalu mengutuk Sally..aku langsung tak boleh terima...selama ini aku tak pernah nak bimbing dia..nak tegur pun aku tak kuasa nak buat..
namun tika itu, aku sedikit kagum dengan sikap Sally, dia langsung tidak tersentuh dengan kata-kataku...Sally hanya tunduk memandang lantai...dengan perlahan dia mula mengangkat kepala dan memulakan kata-kata..
"salahkah saya berubah demi Allah...untuk mendapatkan reda Ilahi?..salahkah saya berubah untuk kehidupan saya?salah kah???"..saat itu air mata ku mula menitis..setitis demi setitis...Sally kemudian menyambung.."aku tau selama ini awak memang tak senang dengan sikap aku, jadi aku ingin memperbaiki diri ini untuk keselesaan awak dan juga saya disini"..dengan perlahan aku menjawab..."tapi bagaiamana awak boleh berubah sejauh ini?awak kata saya pernah bantu awak, tapi saya tak pernah"..Sally hanya tersenyum..."buku awak...dalam buku awak ada tulis ciri-ciri seorang sahabat yang baik..sejak saya terbaca majalah yang awak letak di meja saya, saya mula terfikir, selama ini saya tak pernah ada seorang sahabat..saya langsung tak pernah dihargai seorang sahabat..kalau saya gembira, ramai yang ingin berdamping sama dengan saya..tapi bila saya sedih dan bermasalah..semua orang buat dunno sahaja..bila awak kata awak dah tak sanggup hidup dengan saya, dalam hati saya terdetik..selama ini tak seorang pun kata kat saya bahawa apa yang saya telah buat selama ini ialah keji.." mata Sally mula bergenang...dia kemudai menyambung.."awak tahu, selepas awak tampar saya hari itu, itulah pertama kali saya merasakan kesakitan, selama ini tiada soerang pun pernah sakitkan diri saya..termasuk ibu dan ayah saya...masa tu saya terus teringat kat buku awak yang saya baca...buku tu cakap, sahabat yang baik adalah mereka yang memberi peringatan bila melakukan sahabatnya kesalahan..".aku terpana mendengar semua yang dikatakan Sally.."awak, saya tak pernah ada sahabat, tolong jadi sahabat aku." Sally memegang tangan ku..aku mengenggam erat jari jemari Sally..'ya Allah, berdosanya aku'..aku telah tersalah faham terhadap Sally..aku memeluk Sally dan bertahmid...
kini hidup kami berubah..saban malam aku akan mengajar Sally membaca al-quran, bersolat dan segala ilmu yang sedikit ini aku kongsi bersama dengan Sally..namun.......berita yang disampaikan oleh Sally sangat mengugat imanku sebagai hamba yang lemah...
"Fatiha, aku tak tau nak cakap dengan siapa..tapi aku mengandung..aku tak tahu nak buat apa sekarang..Eddy tak nak bertanggungjawab," Sally memeluk ku sambil menangis teresak-esak..aku tidak mampu berkata apa-apa..aku juga hanya mampu menangis bersama...aku rasa seluruh jiwaku bergegar..'ya Allah dugaan apakah ini'..aku lantas memberitahu Sally.."Sal, satu je aku nak ko buat..tolong jaga kandungan kau..tolonglaa...kalau kau tak nak bayi itu,,aku sanggup sal...aku sanggup jaga.."..aku pun hairan..begitu mudah aku mengungkapkan kata2 sedemikian rupa..."Fatiha, aku sayang bayi ini, aku pun dah bertaubat..aku dah tak sanggup lagi buat dosa..aku dah penat.." aku lantas mengucup dahi Sally..."Fatiha, tolong panggil aku Salina..bole tak?"..aku mengerutkan dahiku.."ok Nur Salina"..Sally lalu membisikkan kata-kata keramat yang pasti aku tidak akan lupa sampai bila-bila."Fatiha, kau sahabat dunia akhirat ku"
panggilan telefon dari Sally menyebabkan aku terbangun dari tidur,namun aku berasa hairan suara Sally yang biasa aku dengan bukanlah suara Sally...setelah habis bercakap melalui telefon, aku longlai..'ya Allah, besarnya dugaan ini'..namun aku gagahkan kaki ku..melangkah pergi untuk melihat Sally...Nor Salina yang dulu musuh kini jadi sahabat, yang selalu berada disisi..kini telah pergi selama-lamanya...Sally terlibat dalam satu kemalangan yang dirancang..sally meninggal setelah dia nekad untuk berubah...belum sempat ku melakar memori indah bersama Sally sebagai sahabat ku,dia pergi menemui Ilahi...mungkin ini sudah suratan...aku harus reda..
p/s::cerite ni hanya rekaan semata2..bukan based on true story..
0 comments:
Post a Comment