JUST for FUN...
Bulan ogos, bulan kemerdekaan. Bulan sejarah yang membawa Malaysia membina sebuah tahktanya sendiri di tanah Malaya. Walaupun aku hanya penoreh getah, namun aku tidak buta sejarah. Aku juga pernah bersekolah namun tidak mempunyai rezeki untuk mara ke Menara gading. Sesungguhnya aku bangga menjadi rakyat Malaysia. Sebuah Negara yang aman dan makmur. Namun aku sedikit kesal kerana aku tidak mampu menjulang nama Malaysia seperti mereka yang sudah berjaya contohnya Datuk Lee Chong Wei yang menjadi pemain nombor satu Malaysia,walhal menjadi doktor pun aku tidak layak, apatah lagi menjadi guru yang mendidik anak bangsa untuk membentuk belia yang berwawasan . aku memang tidak berguna.
“Amir, apa nak jadi dengan kau ni, semua orang masuk universiti, kau seorang saja yang masih memerap di rumah, ayah bukan apa, tapi hidup ayah ni dah tak lama, kalau ayah dah tak ada macam mana kau nak hidup?” kata-kata ayah seringkali bermain di minda ku. Aku masih berfikir, apa sebenarnya yang ingin aku lakukan untuk masa depanku. Makan minum pun aku masih mengharap belanja dari ayah. Aku jadi malu. Aku memang sudah tidak berkeinginan untuk menyambung pelajaranku , tapi harapan ayah dan ibuku begitu meninggi untuk melihat aku berjaya di menara gading seperti kedua abangku yang kini sedang menuntut di Universiti tempatan. Pun begitu, keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) ku juga membantut keinginanku untuk meneruskan pelajaranku.
Pendapatan keluargaku yang hanya bergantung pada hasil pengeluaran susu getah memang tidak seberapa dengan hanya keluasan satu ekar. Walaupun harga getah semakin naik tapi dengan keluasan yang kecil dan pokok getah yang telah bertahun lamanya menjadi sumber pendapatan keluargaku menjadikan pengeluaran susu getah semakin berkurangan. Aku hanya mampu menolong kedua ibu bapaku menoreh getah di kebun getah milik ayahku, dengan membantu ayahku, aku berasa sedikit selesa kerana mampu mengurangkan beban ayahku yang juga menampung perbelanjaan kedua abangku, memandangkan pinjaman PTPTN yang hanya mampu bertahan di awal semester. Menjelang pertengahan semester, kedua abangku pasti meminta sedikit wang daripada ayah.
***
Melihat bendera yang dikibar di kereta-kereta mahal dijalan raya,tiang-tiang, malah di rumah mahupun kedai-kedai menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan yang memang sudak dipupuk dari kecil lagi. semua ini adalah hasil didikan dan nasihat ayah. Tiba-tiba kata-kata ayah beberapa bulan lalu mengamit memoriku, “Amir, ayah bukan nak halang kau keluar malam-malam buta ni jumpa dengan kawan-kawan kau, tapi ayah rasa elok lagi kau duduk diam saja dirumah, kalau kau keluar pun tidak memberi faedah kepada kau. Ayah dulu keluar rumah pun ayah tidak berani dek keganasan tentera komunis. Kalau ayah keluar pun hanya untuk menghadiri perjumpaan untuk menentang keganasan komunis,” aku hanya tersengih mendengar kata-kata ayah, dengan senang hati aku membalas “itu dulu, masa tu zaman lapuk, ayahkan generasi baby boomer,memang lah tiada apa yang menarik kalau ayah keluar pun. Sebab tu lah ayah tak keluarkan. Ala tentera komunis bukan kuat sangat pun. Amir baca dibuku sejarah Amir, tentera komunis tu dua minggu je pun menjajah Malaysia,sekarang ada facebook, twitter dan paling best game ayah. Amir selalu main permainan warcraft. Tulah Amir keluar malam-malam ayah, lagipun dirumah kita ni tak ada line internet. Kami ni ayah generasi baru, generasi net, kalau tak tau semua tu malu ayah,” Aku membalas dengan nada yang biasa namun mampu mengubah riak muka ayahku. Cuaca panas diluar tidak mampu menutup wajah mendung ayah. Aku terkesima. Salahkah kata-kataku?,ayah lalu membalas “suka hati kau la Amir, itu hak Amir, asalkan jangan cemarkan nama keluarga kita sudahlah,” ayah terus berlalu, namun dalam hati ini bertekad untuk kurangkan waktu keluar malam . “Amir kenapa termenung ni?,” ayah memegang lembut bahuku. Aku terkejut seketika dan hanya menggelang. “ayah tak sangka kita dah lima puluh empat tahun merdeka. Ayah bangga nak.” Aku hanya tersenyum. Seperti ayah tau-tau saja aku baru saja fikir pasal kata-kata ayah bulan-bulan yang lepas, sebaik saja aku tamat menghabiskan persekolahan ku. “ ya Ayah, Amir juga begitu, kalau boleh kereta kita pun Amir nak lekat bendera ayah,” kata ku sambil tersenyum. Ayah ku lihat hanya berkerut memikirkan kata-kataku. Kekeliruan ayah lantas disuarakan. “Amir, setahu ayah kita tak ada kereta pun, macam mana pula kau boleh teringin nak lekat di kereta ‘kita’ pula?,” ayah menekan perkataan kita sebagai tanda sindiran dek keinginanku yang sudah terang lagi bersuluh tidak akan terlaksana dalam masa terdekat. “laaa, ayah dah lupa ke?kita ada kereta la ayah, tapi kereta kita ni lain dari yang lain, kereta kita ni hanya ada satu roda tanpa enjin,canggihkan kereta kita yah?,” jawabku berseloroh. Ketawa ayah meledak, terhibur dengan gurauan aku agaknya mengenai kereta sorong usang yang digunakan untuk membawa susu getah keluar dari kebun. “ada-ada saja lah kau ni Amir,Amir dah solat asar ke? Jum lah kita solat berjemaah, syukurlah ayah masih hidup sampai sekarang,” aku hanya mengangguk dan menuruti ayah dari belakang menuju ke telaga untuk berwudu’.
***
Ajakan asrul untuk pertandingan warcraft mahupun DOTA tadi mambuatkan aku kembali terfikir mengenai janjiku pada ayah dulu. Waktu itu ayah menyedarkan aku tentang perjuangan anak bangsa. Namun, menurut Asrul, pertandingan ni berkumpulan dan dilangsungkan sempena bulan kemerdekaan. Aku bukan tidak teruja, tapi latihan setiap malam sebelum pertandingan berlangsung menyebabkan aku berat hati untuk menyertainya. Kekusutan ini aku suarakan kepada ayah. Aku perlu meminta izin terlebih dahulu. Apapun yang aku buat aku akan bertanya kepada ayah terlebih dahulu.
Dengan kekuatan yang sudah aku tekadkan untuk menyertai pertandingan warcraft, permainan kegemaranku, aku memulakan kata-kata untuk berbicara dengan ayah, “ayah, Asrul ajak Amir ikut pertandingan DOTA sempena bulan kemerdekaan,Amir rasa nak ikut ayah, boleh tak?,” kata ku penuh hati-hati, ayah dengan senyuman, “kenapa Amir nak ikut?apa yang amir dapat dengan menyertai pertandingan tu?lagipun permainan tu macam mana jenisnya?tak pernah pulak ayah dengar sebelum ni,” Ayah hanya membalas lembut, memang sifat ayah yang lembut dan tidak pernah mengongkong kehendak kami semua . Tapi itu bukan alasan untuk aku mengingkari nasihatnya. “Ala ayah, tu permainan computer, Amir terror main game tu. Kalau menang dapat hadiah la ayah. Lagipun, pertandingan ni boleh menyemarakkan semgangat kemerdekaan, sebab ia sempena bulan kemerdekaan tau ayah,” semangat aku membalas. “pelik sungguh perjuangan anak bangsa sekarang ni ye, dulu atuk kamu Amir berjuang untuk menang dalam mengambil balik hak Malaysia daripada penjajah. Atuk selalu ingatkan ayah, biar putih tulang,jangan putih mata, atuk kamu Amir meninggal dalam memperjuangkan nasib anak bangsa Mir,tapi kalau kau nak ikut juga ayah tak paksa. Ikut suka hati kau lah,” aku tau jauh disudut hati ayah enggan membenarkan, tapi keizinan tetap ayah beri. Kerana mengongkong kehendak anak bukan sifat ayah. “Amir ikut ye ayah, terima kasih ayah,” ayah hanya mengangguk dan senyum dan berlalu keluar. “Eh kemana pulak Amir nak pergi malam-malam ni?,” ayah hairan melihat aku keluar. “laaa, Amir nak practice la ayah, game ni pun kena practice juga, supaya keserasian denagan pasukan ada ayah,Amir pergi dulu ayah,” aku terus saja berlalu menuju ke rumah Asrul,untuk mengkhabarkan berita gembira dan terus berlatih hingga ke pagi. Aku dan kawan-kawan perlu bersemangat kerana pertandingan akan diadakan minggu hadapan. Kami mesti meneng!.
***
Aku baru sahaja balik ke rumah, ‘ ya Allah macam mana aku boleh lupa untuk pergi menorah getah ni’, aku terlupa yang ayah ada cakap hari ini kami akan menorah getah setelah sehari rehat, aku lantas berlari ke kebun getah, walaupun mata ini begitu berat sekali, namun aku gagahkan juga demi ayah dan ibu. Usai siap kerja, aku berlalu balik dan melunaskan rasa hati yang sudah aku tahan. Aku terus lelap sesampai sahaja di rumah. Malam ini aku masih ada latihan sehingga hari pertandingan. Sengaja Asrul memilih malam kerana pada siang hari dia dan beberapa rakan sepasukan perlu menghadirkan diri ke kelas. Aku tidak hairan kalau mereka akan tertidur di dalam kelas, aku juga begitu dulu.
***
Saban malam, aku terus saja berlatih namun aku tetap menolong ayah menoreh gateh di kebun getah. Namun, aku sudah semakin jarang bercerita dengan ayah yang kerapkali aku lakukan sebelum ini. Ibu pula sampai sahaja dirumah, pantas sahaja tangan nya menyiapkan kerja-kerja rumah. Sejak kebelakangan ini ku lihat ayah selalu termenung, namun aku biarkan sahaja dek penat dan mengantuk silih berganti. Mungkin ayah ada masalah. Namun aku tidak langsung bertanya, masih banyak masa lagi. lagipun pertandingan DOTA hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Esok merupakan hari yang ditunggu-tunggu, aku mengkhabarkan kepada ayah yang aku tidak dapat menolong ayah menoreh getah pada hari esok kerana pertandingan DOTA akan berlangsung esok hari. Aku meminta maaf dengan kesibukan yang aku ada demi memeriahkan lagi bulan kemerdekaan. Ayah lalu berkata, “bersemangat betul Amir ya, kalau perjuangan Amir ni Amir buat untuk negara kan bagus,” aku senyum, “laaa, sekarang ni penjajah dah taka de la ayah,kalau ada cepat saja Amir ke medan perang,” kataku penuh yakin. “tapi ayah lihat Amir sedang dijajah sekarang ni,” aku berkerut mendengar kata-kata ayah, “ah, ayah ni ada-ada sajalah. Mana ada Amir dijajah, Amir bebas je sekarang ni. Tak de pun orang nak bunuh Amir,” balas ku penuh naïf. “Amir sedang dijajah permainan computer Amir tu lah, kalaupun tak de penjajah hidup,Amir boleh berjuang untuk ibu dan ayah,” aku senyum, bagiku ayah memang mempunyai masalah yang diluahkan secara tersirat. “kenapa ni ayah?ayah ada problem ke? Apa yang Amir boleh bantu?,” kataku kepada ayah. “Amir hanya boleh bantu kalau Amir tak ikut perlawanan tu nak,” ibu tiba-tiba bersuara. Selama ini ibu hanya diam membisu. Bagi ibu kalau ayah sudah kata putih, putih juga menjadi pilihan ibu. Aku tahu, pasti kerana aku tidak dapat membantu mereka keesokan harinya. “ayah ,ibu,Amir Cuma tak dapat bantu esok je lah, nanti lusa Amir tolong ibu dan ayah ya?Amir janji!,ok la ayah , ibu, Amir kena pergi ni. Ada latihan terakhir. Amir tak balik sampai esok ni, Amir minta maaf ya,” kata ku lantas menyalami tangan mereka, aku pun hairan ringan sahaja tangan ku menyalami mereka, walhal sebelum ini aku hanya pergi dengan hanya memberitahu akan kepergianku. Ambil berkat.
***
Kemenangan kumpulan kami amat membanggakan aku. Aku tidak sabar untuk pulang. Aku nak bagitahu ayah yang perjuangan ku ini tidak sia-sia. Aku juga tidak berputih mata. Hari sudah petang namun kulihat pintu rumah masih berkunci. ‘takkan belum balik lagi?’ aku tertanya-tanya. Ah, mungkin mereka lambat. Lagipun mereka kan dah tua. Aku pula tiada. Aku melangkah ke kebun melihat-lihat kelibat kedua ibu dan ayah. Aku hampa tetap tiada. Aku tekad untuk menunggu mungkin mereka kepekan.
Malam sudah mengantikan siang, namun kelibat mereka tetap tiada, aku mula tidak senang hati. aku baru teringat pintu belakang rumah. Aku bergegas ke belakang. Namun pintu tidak berkunci. Walhal pintu depan berkunci. Salam yang tidak bersambut menyebebkan aku terus sahaja masuk. “ya Allah, ibu!!!bangun ibu, ayah bangun!!” darah berlumuran dilantai,ayah masih di atas sejadah dan ibu pula masih memakai kain telekungnya. Kelihatan kesan tikaman dari belakang menembusi jantung lantas meragut nyawa ibu dan ayah. Kelihatan peti duit, tempat simpanan duit ayah habis diselongkar. Aku lantas memaklumkan kapada jiran dan mengharap bantuan untuk menguruskan jenazah ibu dan ayah dan menghubungi pihak polis. Aku tidak meraung, kerana aku tau roh mereka tidak akan aman jika aku berbuat sedemikian.
Kini aku duduk di antara tanah yang masih merah. Aku mengenang semula saat terakhir aku bercerita kepada ayah. Mesej yang disampaikan sudah cukup jelas untukku namu waktu itu aku begitu naïf, masih mengaggungkan kemenangan yang diinginkan ,“ayah ibu, Amir mohon ampun dari ibu dan ayah. Amir berdosa pada ibu dan ayah”, hanya itu sahaja yang mampu aku katakan. “Dulu ayah kata perjuangan mereka adalah untuk mendapatkan kemerdekaan sehingga ke titisan darah yang terakhir. Perjuangan Amir pula untuk mendapat kemenangan tanpa menyedari ayah masih berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir,Amir kini faham maksud perjuangan ayah,perjuangan yang telus, suci dan murni. Amir kini faham ayah, Amir dijajah oleh permainan game yang dicipta oleh orang barat,tapi mengapa ayah tidak berterus terang, kenapa bila ayah tiada baru Amir faham dan sedar ayah?,kenapa?!” Aku hanya mampu memeluk kubur kedua ibu bapaku. “ ibu, kalaulah Amir tak ikut pertandingan tu, Amir boleh berjuang demi ayah dan ibu, berjuang untuk menyelamatkan ibu!!!! Kalau Amir tau pekara ini akan terjadi, Amir tak ikut ayah….”air mata ku masih mengalir, kedua abang ku telah ku khabarkan. Namun batang hidung mereka langsung tidak kelihatan. Terasa sedih mengenangkan semua ini. Ayah dan ibu berhempas pulas, berjuang dengan sisa kudrat yang tinggal untuk menampung kedua abangku,namun di saat akhir begini batang hidung mereka langsung tidak kelihatan. Menurut mereka ,mereka akan menghadapi ujian dan peperiksaan, mungkin itu perjuangan bagi mereka yang menuntut ilmu. Terasa bahu ku di sentuh lembut, “ini Amir?,” aku terkejut melihat gerangan yang menyapa aku tadi. “saya inspektor Syafiq,ingin memaklumkan bahawa penjenayah sudah pun diberkas. Mereka adalah penagih dadah yang kesempitan wang untuk membeli dadah, Amir, perjuangan Amir belum selesai, Amir masa ada ruang dan peluang untuk membetulkannya, perkataan ‘kalau’ sangatlah mahal Amir, jangan dikesali pada yang telah pergi, kita yang masih hidup sebaiknya teruskan perjuangan Amir,”aku hanya tersenyum dan mengangguk. “baiklah kalau tiada apa-apa saya pergi dulu, kalau ada masalah telefon saya,” inspektor lalu tersenyum dan berjabat tangan. “terima kasih encik,” kata ku manyambut tangan dan mengangguk mengiyakan kata-kata Inspektor Syafiq.
***
Pagi ini aku harus menoreh getah seorang diri. Ya perjuangan harus diteruskan. Walaupun bukan dengan perjuangan menolong mereka yang sakit, mahupun membantu mendidik anak bangsa atau berjuang menentang penjajah. Namun aku boleh menyumbang hasil getah kepada Negara. Hasil ini boleh meningkatkan ekonomi dengan penghasilan barangan yang bersumberkan dari susu getah ini. Tanpa getah yang aku toreh, kereta mewah di atas jalan raya belum tentu boleh berjalan dengan gahnya. Aku kini melupakan dunia maya, aku hanya gunakannya jika ada kepentingan sahaja, lagipun kerja sebagai penoreh getah ini tidak memerlukan semua itu. Asalkan aku tahu mengunakannya sudah memadai untuk tidak digelar buta IT. biarlah aku berpijak di bumi yang nyata. Aku sebagai pejuang tanah air,seorang penoreh getah. Lama aku duduk menyingkap setiap memori dan nasihat ayah,perlahan-lahan aku mengakui, seorang pejuang tidak semestinya hadir di kala penjajahan berlaku. Setiap yang dilakukan juga ada perjuangan. Perjuangan yang menuntut keamanan, keselesaan dan kemakmuran rakyat Malaysia. Bukan berjuang untuk menjadi penjenayah seperti mereka yang membunuh kedua orang tuaku. Semoga perjuangan ayah dan ibu di rahmati. “Amir, biar kita mati bermaruah sebagai pejuang”,Kata-kata ayah seaktu hayatnya masih ada ini akan aku semat sampai bila-bila.
0 comments:
Post a Comment