Thursday, September 19, 2013

Cerita Si Gila


ok well..i just love made up some nonsense story ..and like before it is not related to anyone life ^^



Seorang lelaki yang agak berusia petah bersuara,sedang  mengeluarkan hujah-hujah bernas ,sambil diperhatikan penuh tekun oleh kanak-kanak yang bermain di taman permainan. Tidak kurang juga ibu bapa yang turut sama beriadah bersama anak-anak mereka. Berpakaian kemas dan teratur, berkaca mata besar, kepala botak ditengah dan sentiasa membawa kanta pembesar bersamanya. Begitula ciri-ciri yang ada pada lelaki tersebut.
Professor Aladdin:
Saya adalah professor Aladdin!
Ilmu ada tapi tak tau nak guna, itu kurang cerdik namanya, untuk belajar kita mesti rajin! Tiada orang pandai dan bodoh didunia ini, yang ada pun kurang cerdik sebab malas.
Jaaadddiiiii!!Saya disini dengan rela hati akan sedaya upaya menunjukkan kebolehan saya, bagaimana saya berfikir sehinggakan boleh sampai ke tahap ini. Anda semua boleh tanya apa sahaja kepada saya.
Budak 1 :
Professor, macam mana orang boleh sampai ke bulan?
Professor Aladdin:
Ohhh mudah saja, mereka menaiki kapal angkasa .
Budak 1 :
Macam mana kapal angkasa dibuat?
Professor Aladdin:
Kapal angkasa dibuat dengan alat-alat khas, kita tak mudah untuk membuatnya. Seperti yang saya katakan tadi, sebab itu kita kena cari ilmu. 
Budak 2 :
Professor boleh baiki barang-barang yang rosak tak?
Professor Aladdin :
Boleh…boleh…hantar ke rumah sahaja
 *******************************************************************************************************
Kedatangan lelaki yang dikenali sebagai professor Alladin itu menjadi buah mulut penduduk sekitar  taman perumahan tersebut. Kebanyakan mereka mengkagumi kehebatan yang ada pada professor tersebut.
Penduduk 1:
syukur lah ada Professor tu, anak aku sekarang ni dah rajin  belajar sekarang ini. Kalau dulu asyik main je memanjang.
Penduduk 2:
Betul tu, free pulak tu. Anak aku pergi hantar kerusi patah kat professor tu semalam, pagi-pagi lagi dah siap. Tapi kerusi tu dah jadi pendek sedikit. Tapi tak kisahlah asalkan boleh guna semula.
Disebalik semak, kelihatan seorang lelaki berkepala botak tersenyum lebar selepas mencuri dengar  cerita penduduk kampung tersebut

**********************************************************************************
Kelihatan seorang budak kecil sekitar 9 tahun menangis seorang diri, sambil merenung 10 pasang selipar dihadapannya. Professor  Aladdin mendekati budak tersebut dengan rendah diri untuk membantu.
Profesor Aladdin:
Adik ni kenapa merenung selipar tersebut?
Budak kecil :
Saya keliru.
Professor Aladdin : (kehairanan)
Kenapa keliru, ini selipar letak kat kaki. Tak ada masalah pun nak pakai.
Budak Kecil:
selipar ni professor yang buatkan hari tu.  10 pasang semuanya. Saya ada tiga orang adik beradik. Saya risau macam mana nak bahagikan samarata selipar ini supaya setiap seorang dari kami dapat sama.
Professor Aladdin:
10 selipar, tiga orang. Sepuluh bahagi tiga. Tiga…tiga…tigaaa…errr…
(sambil tangan Professor Aladdin bergerak, cuba mencongak jawapan, muka berkerut)
Budak kecil :
Professor kenapa? Professor kan bijak pandai. Tolong lah saya.
*************************************************************************************************************
Professor Aladdin berjalan mundar mandir jalan raya. Dia ternampak batu-batu di tepi jalan lalu mengumpul sepuluh biji batu kesemuanya. Dia cuba membahagikan batu tersebut kepada tiga bahagian. Setelah mencuba, sebiji batu tinggal. Dia merenung batu tersebut dalam-dalam.
Professor Aladdin : Dapat!!!
(sambil mengetuk batu tersebut supaya terbahagi kepada tiga,)
 Saban hari professor Aladdin berjalan sambil membawa seketul batu kecil dan seketul baju besar. Pada hari siangnya, Professor Aladdin hanya duduk mengetuk batu kecil dengan batu besar. Setiap hentakan professor Aladdin akan melihat sama ada batu tersebut sudah terbahagai kepada tiga ataupun belum..
Kanak-kanak yang sering berkunjung ke rumah professor Aladdin semakin hairan melihat rumahnya tidak lagi terurus dan bertambah semakin hairan apabila melihat professor kesayangan mereka hanya duduk di tepi jalan sambil cuba mengetuk batu.
(imbas kembali )
Budak 1:
 professor buat apa?
Professor Aladdin :
Nak bahagikan batu ni kepada tiga.
Budak 1 :
Nak buat apa?
Professor Aladdin:
Nak bahagikan kepada tiga.
Budak 1 :
Kenapa nak bahagikan kepada tiga
Professor Aladdin :
Nak bagi kepada tiga orang la bodoh!
(Budak tersebut berlalu pergi)
Kini penduduk kampung mula lali dengan perbutan professor tersebut. Mereka tidak peduli. Malah, kanak-kanak turut melempar tiga biji batu setiap orang dari mereka. Mereka tidak berani menegur, kalau ditegur pasti ditengking olehnya.
Professor Aladdin : TIGAAAA…..!!!
 Psttt one go writing...many typo and bored perhaps =)

0 comments:

Post a Comment