Friday, November 2, 2012
kepulangan
setiap kali pertemuan pastinya ada perpisahan yang berlaku...
dan pastinya perpisahan akan mengundang kesedihan...
bagaimana pula dengan kepulangan?
adakah ianya kepulangan yang dinanti? atau kepulangan yang di tangisi...
selama ini kepulangan memberikan makna yang amat besar buat saya..
setiap kali cuti, pasti sayalah orang yang paling gembira kerana bakal menemui adik beradik yang lain, ibu dan bapa, saudara mara...
semestinya saya juga ingin bergurau senda dengan mereka..sama seperti anda semua...
itulah kepulangan yang di nanti2...namun saya tau kepulangan itu pastinya bukan satu jangka masa yang panjang..
dan harus saya akui, bahawa perpisahan pasti berlaku dan kesedihan pula berpaut pada hati...
itu dulu, kini.....
saya merupakan salah seorang yang melihat kepulangan..kepulangan kawan-kawan ke kampung halaman mereka..
sedih bukan? di saat orang lain sedang bergembira, kita bergelut dengan berasaan rindu yang menggunung tinggi?
hanya bagi mereka yang mengalami pasti merasai peritnya perasaan itu...teeettt!!!!!!!!!!
*end*
Subscribe to:
Posts (Atom)